5 Barangan yang Student Universiti Harus Ada!

 Assalamualaikum semua, Cik Butterkiss nak kongsikan 5 barang yang sangat berguna bagi cik Butterkiss sepanjang bergelar mahasiswa. Selain daripada perkakasan wajib ada seperti seterika, cerek elektrik, stand fan seperti yang kita sedia maklum, ada lagi barang yang bagi saya amat membantu untuk seorang student tapi terpulang kepada anda untuk membuat pilihan masing-masing. Ini hanya suggestion saya sahaja ya. Kebanyakan barang yang Cik Butterkiss beli adalah melalui Shopee. 

1) Wooden laptop stand/holder (Shopee)

Ha, benda ni sangat membantu untuk korang menaip sebab ia akan memabntu kedudukan laptop menjadi lebih ergonomik dan kurang meletihkan korang untuk menaip assignments dan slide pembentangan! Selain itu, laptop stand tu pun dapat berfungsi sebagai laptop holder dengan menegakkan posisinya sahaja jadi korang tak perlu susah-payah masukkan balik ke dalam beg laptop, just in case korang nak guna laptop lagi nanti. Disamping fungsinya sebagai  laptop holder, ia juga membantu menjimatkan ruang di meja yang korang boleh gunakan untuk letak buku dan barangan yang lain. Anggaran harga untuk item ini adalah RM 9.78 sahaja, tersangatlah berbaloi untuk jangka masa panjang.

2) Clip bedsheet (Shopee)

Ini adalah antara item kegemaran cik Butterkiss sepanjang bergelar student tau. Sebab apa? Bagi orang yang sukakan kerapian dan kekemasan seperti saya, klip cadar ni sangat berguna untuk memastikan cadar tilam sentiasa dalam keadaan yang rapi dan tegang. Saya beli item ini semasa Shopee Flash sale, dalam lingkungan 80 sen- RM1.00 satu! Anggaran harga biasa pula dalam lingkungan RM 2.50 hingga RM2.80 setiap satu (saya beli empat keping untuk 4 penjuru cadar tilam).

3) Rice storage box with wheels (Shopee)

Haaa, nama dia memang tempat menyimpan beras tapi cik butterkiss gunakan bekas simpan ni untuk barangan makanan yang lain. Item ni sangat sesuai untuk hostel dengan ruang penyimpanan yang terhad. Segala macam makanan kering seperti maggi, biskut, serbuk minuman 3-in-1 dan snek boleh disimpan di dalamnya. Item ini juga ada flap yang memudahkan kita untuk mengambil barang dengan mudah tau. Kebiasaannya ada beberapa pilihan saiz, pastikan anda mengukur tempat untuk meletakkan bekas ini sebelum membeli ya. Anggaran harganya pula dalam lingkungan RM14-RM18 bergantung pada saiznya.

4) Food chopper

Untuk student yang suka memasak sendiri, item ini sangat memudahkan anda dalam menyediakan bahan tumis untuk memasak. Ada dua jenis, manual dan juga elektrik dan boleh didapati di Shopee atau di laman web perkakasan elektrik lain. Kalau manual, range harga boleh dapat bawah RM10 dan untuk elektrik pula boleh mencapai sehingga RM100, bergantung pada bajet anda. Pastikan untuk melihat reviews pembeli juga sebelum membuat pilihan masing-masing. Untuk Cik Butterkiss pula, saya beli food chopper elektrik jenama Midea (yang atasnya seperti bentuk telinga kucing), tekan dua kali then bahan tumis pun siapp!   

5) Electric Non-Stick Ceramic Cooker

Haaa, untuk anda yang suka berjimat dan prefer masak sendiri, ini mungkin periuk memasak elektrik yang anda perlukan. Saya beli jenama Lopol. Ia boleh digunakan untuk menggoreng, mengukus, merebus dan panaskan lauk tanpa membuatkan makanan melekat atau hangus pada dasarnya seperti sesetengah electric cooker yang lain. Sangat function! Make sure juga untuk gunakan senduk plastik untuk elakkan calar pada coating ceramik periuk tu. Item ni comel je, tetapi sesuai la untuk kita masak juadah untuk diri sendiri hehe. Sesetengah orang lebih prefer induction cooker atau portable gas stove, cuma bagi saya dari segi keselamatan dan ruang penyimpanan yang agak terhad membuatkan saya lebih yakin untuk memilih item ini. Item ini juga terdapat pilihan 3-pin dan 2-pin, atas dasar keselamatan dan lebih menyenangkan untuk disambung kepada plug, lebih bagus untuk korang pilih elektrik cooker dengan 3-pin. Anggaran harganya pula dalam lingkungan RM19-RM24 bergantung pada seller.

Info tambahan: Extension cord dengan surge protector

Gara-gara kenangan hitam lampau menggunakan extension cord tanpa surge protector, membuatkan Cik Butterkiss merasakan perkara ini penting untuk dikongsikan dengan korang semua. Make sure korang gunakan extension cord dengan surge protector untuk disambungkan pada charger laptop misalnya kerana ianya lebih selamat. Untuk info lebih lanjut berkenaan surge protector ni, search je function of extension surge protector, nanti akan keluarlah pelbagai info mengenainya. Anggaran harganya pula RM15-20+ bergantung pada panjang kabel dan jenama. Cik Butterkiss beli di Mr. DIY saja, kat situ pun ada banyak pilihan.

Sekian perkongsian dari saya.

Comments